Puisi dari Puan Atiah Saleh
Puisi dari seorang sahabat, kakak, ibu, yang senantiasa menghiburku di Beijing
Untuk Agus
pada detik yang suram ini
Menangislah
Kerana kehilangan yang dikasihi
Tanda sepinya hati pada hari-hari menanti
Kerana tidak bertemu lagi di mayapada ini
Bukan kerana kesal
atau tidak meredai
Saat manis dengannya
Pengorbananmu juga
Meskipun sedikit untuknya
Pasti kekal menghias hidupmu
Menangislah
Andaikata sudah pasrah
Bayangan untuknya pasti yang indah
Salam Takziah
daripada:
Atiah Saleh
29 Julai 2010
Leave a comment